Kritikan dan perbalahan Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Membuat reformasi pada PBB

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuah mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:

  • penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan hubungan kuasa 1945);
  • menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;
  • menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan
  • mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia.

Kegagalan dalam isu-isu keselamatan

Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidang keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman

Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah menganiayai dan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan Kealpaan Dalaman PBB".

Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah diatur kedudukan, termasuknya Burundi, Côte d'Ivoire dan Liberia.

Keahlian jawatankuasa

Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.

Skandal Minyak untuk Makanan

Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluan kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim daripada penyiasatan PBB menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq.

Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandal ini.